PRU15 | UMNO nafi akan bergabung dengan PH

2022-11-09 0

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan parti itu akan bergabung dengan Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum ke 15, sekiranya Barisan Nasional gagal mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Menurut beliau, dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanya berasaskan andaian semata-mata yang mahu memberi gambaran salah kepada pengundi ketika berkempen.